LATAR BELAKANG
Kuala Lumpur Film School (KLFS) merupakan sebuah Pusat Bertauliah yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ia ditubuhkan bagi mewujudkan peluang kepada penggiat industri khasnya dan orang ramai amnya, untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Disamping itu, untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir terlatih mengikut keperluan dan kehendak industri. Ini selaras dengan matlamat kerajaan kearah mewujudkan lebih ramai tenaga kerja berpendidikan dan berkemahiran tinggi. KLFS menjalankan program latihan kemahiran Malaysia dalam industri perfileman, menawarkan program di SKM (sijil) dan DKM (diploma), yang berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK). Ia juga turut menawarkan kursus sijil jangka pendek.
Falsafah |
Setiap individu mempunyai bakat dan kebolehan. Untuk cemerlang dan mencapai potensi sepenuhnya ia perlu dipupuk dan dibimbing dengan betul.
Visi |
Menjadi sebuah pusat pengajian dan latihan perfileman yang terulung.
Misi |
Menyediakan peluang pendidikan dan latihan perfileman yang terbaik serta komprehensif bersesuaian dengan matlamat dan pembangunan industri semasa
Objektif Penubuhan KLFS |
- Melahirkan tenaga kerja mahir dan terlatih mengikut keperluan dan kehendak industri.
- Mewujudkan ruang dan peluang kepada golongan bekerja untuk meningkatkan kualiti dan profesionalisme kerja mereka.
Keistimewaan KLFS |
- Merupakan satu-satunya pusat bertauliah dalam bidang perfileman.
- Menawarkan pelbagai program yang bersesuaian dengan kehendak industri semasa.
- Menggabungkan kepakaran dan pengalaman ahli akademik dengan penggiat industri sebagai tenaga pengajar.
- Menjalinkan kerjasama dengan pakar industri, studio dan syarikat penerbitan yang berjaya.