U-WEI BIN HAJISAARI
U-Wei bin Haji Saari mencipta nama melalui filem pertama Perempuan, Isteri dan … (1993), yang telah menobatkan beliau sebagai Pengarah Terbaik FFM 11. Filem beliau termasuklah, Jogho (1999), Kaki Bakar (2001), Buai Laju-Laju (2004) dan beberapa filem pendek. Filem terbaharu beliau Hanyut (2013), diadaptasi dari novel Joseph Conrad bertajuk Almayer’s Folly. Beliau merupakan pengarah Malaysia pertama dijemput ke Uncertain Regards pada tahun 1995 dan Director’s Fortnight pada tahun 2001 di Cannes. Beliau juga turut berpengalaman sebagai mentor kepada pembikin filem dari Iraq dan Hawaii untuk Griffith University, Brisbane, Australia dan di Sundance Films Workshop di Amar, Jordan.
MAHADI J. MURAT
Mahadi bin J. Murat merupakan seorang pembikin filem, ahli akademik dan aktivis yang berpengalaman luas dalam bidang perfileman. Beliau telah mengarah tiga buah filem. Filem Sayang Salmah (1995) telah berjaya memenangi banyak anugerah dan menaikkan namanya. Beliau pernah berkhidmat di Universiti Malaya (UM), UiTM dan kini Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau sering diundang untuk membentangkan kertas kerja dan menyampaikan ceramah, termasuk menjadi panel, pemudahcara dan moderator.
ADMAN SALLEH
Adman bin Salleh adalah seorang pengarah berpengalaman melebihi 30 tahun dalam pembikinan filem. Beliau telah mengarah filem Bintang Malam (1991),Amok (1995), dan Paloh (2003) yang banyak menerima anugerah di dalam dan di luar negara. Berkelulusan ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dari UiTM dan Diploma in Techniques of Filmmaking dari London International Film School, beliau adalah mantan Dekan Fakulti Filem dan Televisyen di ASWARA. Kini banyak terlibat dalam kerja-kerja penjurian dan penilaian filem dan juga sebagai pensyarah sambilan.
KAMAL ARIFFIN
Kamal bin Ariffin adalah graduan ijazah Sarjana Perfileman dari London Film School, United Kingdom yang kini sedang giat menjalankan kajian dalam bidang sinema Islamik. Antara minat dan skop kajian beliau adalah film genre, film formdan filem islamik. Selain melakukan kerja-kerja pengarahan, beliau turut terlibat sebagai tenaga kerja produksi dan pasca-produksi. Pengalaman beliau juga tidak terbatas kepada pembuatan filem konvensional malah beliau turut menceburi bidang animasi. Selain itu, beliau turut terlibat dalam bidang akademik sebagai penasihat, penilai, penceramah undangan dan pensyarah dalam bidang perfileman di institusi penggajian tinggi awam dan swasta.
DR. KHAIRULFAZI HJ. SAARI
Khairulfazi bin Hj. Sa’ari mempunyai pengalaman mengajar dalam kursus perfileman, aktif dalam kerja perundingan dan penerbitan dokumentari. Berkelulusan ijazah Doktor Falsafah dalam pengajian filem dokumentari dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM, dan MA in TV Documentary and Feature dari University of Salford, UK. Beliau ditauliahkan sebagai panel NOSS dan berdaftar sebagai PIND dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam sektor Arts and Culture. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) di Pusat Bertauliah Awam.
ANDY ALIAS
Andy Alias graduan dalam bidang Motion Picture & Video dari Academy of Art University, San Francisco dan Hollywood Film Institute, mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di Malaysia dan Amerika dalam bidang penataan bunyi. Kepakaran beliau adalah dalam aspek teknikal kejuruteraan audio. Beliau terlibat dalam filem Malaysia pertama yang menggunakan surround sound mixed in Dolby Digital bertajuk Silat Legenda (tercatat dalam Malaysia Book of Record) dan turut mengetuai dan membangunkan semula program Broadcast Arts & New Multimedia untuk Malaysia. Selain itu, beliau mempunyai 17 tahun pengalaman mengajar di universiti awam dan swasta seperti ASWARA, UiTM, University of Herthfordshire, dan Sunway University.
HAFIZ MOHD KAMARUZAMAN
Hafiz Kamaruzaman, graduan Institut Teknologi MARA dalam bidang Penyiaran, merupakan seorang penyunting yang versatile dan berpengalaman. Beliau berkebolehan menyunting dalam berbagai genre, dan terlatih menggunakan Avid, Final Cut Pro dan Adobe Premiere. Bermula dari iklan komersil beliau kini beralih ke filem cereka. Pernah bekerja dengan U-Wei HajiSaari, Shuhaimi Baba, Othman Hafsham, dan Prof. Dr. Hatta Azad Khan. Beliau juga aktif dalam bidang pendidikan sebagai pensyarah, berkhidmat di Universiti Teknologi MARA, Universiti Teknologi Malaysia, Akademi Seni Budaya dan warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Universiti Utara Malaysia dan juga di intitut pengajian tinggi swasta. Selain itu beliau turut terlibat dalam memberi ceramah di RTM dan Media Prima.
AFFENDI ABDUL RAHMAT
Affendi Abdul Rahmat mempunyai pengalaman sebagai Broadcast Production Designer/ Set Designer dan juga sebagai Art Director dalam bidang perfileman selama lebih 12 tahun. Beliau juga turut terlibat dalam bidang pengiklanan selama 6 tahun. Semenjak dari tahun 2004 beliau telah beralih tumpuan ke bidang pendidikan pula, sehingga kini telah berkhidmat di beberapa institut pengajian tinggi awam dan juga swasta sebagai pensyarah. Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Seni Reka dari UiTM, Sarjana Pendidikan (Seni) dari UPSI, dan sedang menyambung pengajian beliau dalam peringkat PhD di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
RASIDAN MUHAMAD RAMLY
Rasidan Muhamad Ramly mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam penerbitan televisyen dan filem. Melalui syarikatnya, DFX Sdn Bhd beliau telah menerbitan pelbagai program untuk televisyen dan kini sedang mengusahakan penerbitan filem Juramentado dan Geng Pisang. Bermula sebagai animator di Kharisma Pictures, yang menerbitkan siri animasi Malaysia pertama Usop Sontorian pada tahun 1996. Beliau kemudian beralih ke bidang pasca-produksi, dan terlibat dengan kerja-kerja kesan khas untuk filem Putri Gunung Ledang(2004). Beliau juga merupakan panel NOSS dalam bidang Penerbitan Video/ Filem (Penggambaran) dan Penerbitan Video/ Filem (Penyuntingan).