SIJIL ASAS PEMBIKINAN FILEM
May 15, 2019
COLOUR GRADING
May 15, 2019

SIJIL PENERBITAN




Kursus intensif Penerbitan ini, dijalankan secara sepenuh masa selama seminggu. Bertujuan memperlengkapkan peserta dengan asas pengetahuan yang diperlukan bagi menghasilkan sesebuah penerbitan yang baik. Melalui syarahan, peserta didedahkan kepada pengetahuan teori, yang akan dikendalikan oleh tenaga pengajar berkelayakan. Beliau akan turut dibantu oleh seorang tutor berpengalaman. Setiap peserta diwajibkan terlibat dalam penerbitan sebuah filem pendek, sebagai latihan praktikal. Mereka akan diasuh dan dibimbing sepanjang masa melaksanakan tugasan. Peserta dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan akan terdiri daripada penerbit, pengarah, jurukamera, juruaudio dan penyunting. Para peserta akan diberikan tunjuk-ajar secara ”hands-on” disetiap peringkat. Mereka akan dibantu sama ada secara individu atau berkumpulan dalam melaksanakan tugasan mereka dari peringkat permulaan pembangunan idea dicetus sehinggalah projek siap untuk ditayangkan. Di akhir kursus para peserta akan mempunyai pengetahuan yang baik tentang penerbitan.

Comments are closed.