Kursus komprehensif ini tentang Pembikinan Filem akan dijalankan selama lapan minggu secara sepenuh masa. Melalui syarahan para peserta akan diterapkan dengan ilmu pengetahuan teori. Penekanan diberi kepada proses penerbitan, ini termasuk penulisan skrip, senimatografi, penataan bunyi, pengurusan produksi dan penyuntingan. Para peserta kemudian diasuh pula dengan latihan amali, dimana mereka perlu terlibat dalam penerbitan. Para peserta dibahagikan kepada kumpulan akan terdiri daripada penerbit, pengarah, jurukamera, juruaudio dan penyunting. Setiap kumpulan perlu menghasilkan sebuah filem pendek dan setiap ahli kumpulan dikehendaki memainkan peranan. Seorang tutor berpengalaman akan disediakan bagi membantu dan membimbing mereka secara ”hands-on” disetiap peringkat. Bimbingan berupa tunjuk-ajar sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Proses ini penting bagi menguji tahap kemahiran dan kemampuan para peserta untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang mereka pelajari, gabungan teori beserta amali.