SIJIL PENERBITAN DOKUMENTARI
May 15, 2019
SIJIL ASAS PEMBIKINAN FILEM
May 15, 2019

SIJIL PENATAAN BUNYI




Kursus intensif tentang Penataan bunyi ini, dijalankan secara sepenuh masa selama seminggu. Bertujuan memperlengkapkan peserta dengan ilmu pengetahuan dan amalan kerja bagi melaksanakan tugas sebagai seorang sound recordist. Para peserta terlebih dahulu melalui syarahan akan diberi pendedahan kepada teori tentang penataan bunyi dan diikuti dengan latihan amali bagaimana untuk menjalankan rakaman bunyi untuk mendapatkan audio yang ’jelas dan terang’. Ini termasuk pengetahuan tentang jenis-jenis peralatan yang digunakan, serta tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja penataan bunyi. Kursus akan dikendalikan oleh tenaga pengajar berkelayakan dan berpengelaman. Mereka kemudian akan dibahagikan kepada berkumpulan. Dimana setiap peserta diwajibkan untuk mejalani latihan merakamkan audio. Mereka akan dibantu dan diberi tunjuk ajar sama ada secara kumpulan atau individu. Di akhir pembelajaran peserta akan mempunyai ilmu tentang teknik dan jenis penataan bunyi yang berkaitan dengan penataan bunyi.

Comments are closed.