SIJIL PENGURUSAN PRODUKSI
May 15, 2019
SIJIL PENULISAN SKRIP
May 15, 2019

SIJIL PENYUNTINGAN


Kursus intensif Pengurusan Produksi dijalankan selama seminggu secara sepenuh masa. Ia merangkumi proses perancangan produksi dan organisasi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas untuk mengurus perjalanan sesebuah produksi termasuk mendapatkan kelengkapan dan peralatan penggambaran, krew penerbitan, jadual perlaksanaan, bajet dan pengeluaran wang.   Kursus ini bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan peserta tentang pengurusan sesebuah produksi. Bermula dari mengenalpasti tugas dan tanggungjawab setiap tenaga produksi sehingga ke pengurusan pelaksanaan jadual dan bajet. Sebagai latihan praktikal bagi meningkatkan tahap pemahaman dan kecekapan, setiap peserta diwajibkan terlibat dalam penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk sebuah penerbitan. Para peserta akan dibantu sama ada secara individu atau berkumpulan melaksanakan tugasan mereka disetiap peringkat. Di akhir kursus para peserta diharap mempunyai pemahaman dan pengetahuan yang baik tentang pengurusan produksi.

Kursus intensif tentang Penyuntingan ini, dijalankan secara sepenuh masa selama seminggu. Kursus ini memperkenalkan peserta kepada asas penyuntingan video secara digital menerusi perisian yang terpilih. Proses dalam penyuntingan merupakan aliran kerja yang sangat penting bagi menghasilkan persembahan video yang menarik, kemas dan efektif. Proses penyuntingan menjadi medium utama dalam penceritaan khususnya pemilihan syot dan kesinambungan.

 Kursus ini bertujuan memperlengkapkan peserta dengan asas pengetahuan yang diperlukan dalam menjadi penyunting yang berpengetahuan Melalui latihan amali, peserta akan diberikan tugasan secara individu bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang penyuntingan. Selain itu, pelajar akan memperoleh pelbagai teknik dan asas penyuntingan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Di akhir pembelajaran, peserta akan mempunyai pengetahuan yang baik mengenai teknik penyuntingan.

Comments are closed.