Kursus Koordinasi Pengarahan Filem dalam sektor Seni dan Budaya ini, dijalankan secara sepenuh masa selama dua puluh empat (24) bulan. Para pelatih akan diperlengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan tugas sebagai penolong pengarah filem.
Pelatih terlebih dahulu didedahkan kepada teori dan diikuti dengan latihan amali. Bermula dari menganalisa kandungan skrip, dan seterusnya dengan kerja-kerja pra-produksi, produksi dan pasca-produksi. Setiap pelatih akan terlibat dalam sebuah projek penerbitan yang berdurasi tidak kurang 90 minit. Mereka dibimbing dan diberi tunjuk-ajar disepanjang perlaksanaan projek tersebut. Mereka juga diwajibkan menjalani latihan industri selama tiga bulan.
Di akhir kursus para pelatih akan mempunyai pengetahuan, kemahiran serta sikap yang betul bagi mengalas tugas sebagai penolong pengarah