SIJIL PENGENALAN INDUSTRI FILEM
May 15, 2019
SIJIL PENERBITAN DOKUMENTARI
May 15, 2019

SIJIL SINEMATOGRAFI


Kursus intensif tentang Sinematografi ini, dijalankan secara sepenuh masa selama seminggu. Melalui kursus ini peserta akan didedahkan dengan seni pembikinan filem melalui teori asas dan praktis sinematografi dengan memberi penumpuan terhadap aspek teknik kamera dan teknik pencahayaan. Penekanan diberi kepada latihan secara praktikal di studio dan lokasi produksi. Selain itu, kursus ini turut membincangkan tentang konsep visual dan kaedah mencipta visual melalui teknik fotografi, pergerakan kamera, komposisi, framing, dan warna. Para peserta akan diberikan tunjuk-ajar secara ”hands-on” disetiap peringkat oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan mereka akan dibantu oleh seorang tutor.  Peserta dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan akan menghasilkan sebuah projek filem pendek. Di akhir kursus para peserta diharap mempunyai pengetahuan tentang konsep teori asas dan praktis sinematografi dalam pembikinan filem.

Comments are closed.