SIJIL REKAAN PRODUKSI
May 12, 2019
SIJIL PENYUNTINGAN
May 15, 2019

SIJIL PENGURUSAN PRODUKSI


Kursus intensif Pengurusan Produksi dijalankan selama seminggu secara sepenuh masa. Ia merangkumi proses perancangan produksi dan organisasi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas untuk mengurus perjalanan sesebuah produksi termasuk mendapatkan kelengkapan dan peralatan penggambaran, krew penerbitan, jadual perlaksanaan, bajet dan pengeluaran wang.   Kursus ini bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan peserta tentang pengurusan sesebuah produksi. Bermula dari mengenalpasti tugas dan tanggungjawab setiap tenaga produksi sehingga ke pengurusan pelaksanaan jadual dan bajet. Sebagai latihan praktikal bagi meningkatkan tahap pemahaman dan kecekapan, setiap peserta diwajibkan terlibat dalam penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk sebuah penerbitan. Para peserta akan dibantu sama ada secara individu atau berkumpulan melaksanakan tugasan mereka disetiap peringkat. Di akhir kursus para peserta diharap mempunyai pemahaman dan pengetahuan yang baik tentang pengurusan produksi.

Comments are closed.