SIJIL SINEMATOGRAFI
May 15, 2019
SIJIL PENATAAN BUNYI
May 15, 2019

SIJIL PENERBITAN DOKUMENTARI



Kursus intensif Penerbitan Filem Dokumentari ini dijalankan selama empat minggu secara sepenuh masa. Para peserta terlebih dahulu dilengkapkan dengan teori dan pengetahuan asas tentang filem dokumentari. Melalui syarahan mereka diajar tentang proses penerbitan dari peringkat pembentukan idea hinggalah ke penyuntingan. Seterusnya, sebagai latihan praktikal, setiap peserta dikehendaki terlibat dalam sebuah penerbitan. Para peserta dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan perlu menerbitkan sebuah dokumentari pendek. Setiap ahli kumpulan memainkan peranan mengikut tugas masing-masing. Mereka dibantu dan diasuh secara ”hands-on” disetiap peringkat, sama ada secara berkumpulan ataupun individu, dibimbing dan diberi tunjuk-ajar oleh seorang tutor, berhubung amalan dan budaya kerja yang betul. Latihan amali ini dilihat dapat meningkatkan pemahaman para pelajar, serta tahap kecekapan dan kemahiran peserta. Di akhir kursus para peserta akan mempunyai kemahiran dalam menerbitkan filem dokumentari.

Comments are closed.