Kursus intensif tentang Rekaan Produksi ini dijalankan secara sepenuh masa selama seminggu bagi memperlengkapkan para peserta dengan pengetahuan dalam sesebuah rekaan dalam produksi filem. Melalui kursus pembelajaran ini peserta akan didedahkan dengan ilmu seni halus, rekaan tiga dimensi dan seni persembahan pentas. Peserta akan diberi penekanan dalam aspek teori dan praktikal sebagai asas pengenalan kepada unsur-unsur seni dan prinsip rekaan dalam binaan model set. Para peserta akan dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan akan ditugaskan untuk menyiapkan satu rekaan set produksi. Kursus ini akan dikendalikan oleh seorang penggiat industri yang berpengalaman dan berpendidikan. Beliau akan membimbing dan mengasuh para peserta secara ”hands-on” dalam melaksanakan tugasan mereka. Di akhir pembelajaran, peserta akan menghasilkan rekaan dan binaan set yang mempunyai seni kreatif selain melahirkan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dalam ilmu seni rekaan produksi.